Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

(Download) "PENIPUAN EVOLUSI" by Adnan Oktar ~ Book PDF Kindle ePub Free

PENIPUAN EVOLUSI

📘 Read Now     📥 Download


eBook details

  • Title: PENIPUAN EVOLUSI
  • Author : Adnan Oktar
  • Release Date : January 02, 1991
  • Genre: Science & Nature,Books,
  • Pages : * pages
  • Size : 721 KB

Description

Hasil kerja ini mempunyai kepentingan yang besar di dalam menyingkap wajah sebenar Darwinisme untuk dilihat umum. Matlamat utamanya adalah untuk memberikan kepada pembaca idea asas tentang kepalsuan Teori Evolusi juga untuk mendedahkan kebuntuan yang sedang dihadapi oleh para evolusionis, penipuan-penipuan yang mereka lakukan untuk menyokong dakwaan mereka, dan senario-senario khayalan dan imaginasi yang mereka jadikan landasan kepada tesis mereka. "Evolution Deceit" secara saintifik telah membatalkan penipuan ini, yang dimajukan seolah-olah ia merupakan sebuah fakta sains dengan motif untuk menolak hakikat kejadian dan juga kewujudan Allah, dan untuk melahirkan generasi yang mengetepikan agama mereka, moral dan nilai-nilai nasional.

Hari ini, golongan yang menerima Darwinisme sebagai tulang belakang keintelektualan mereka dan berdiri teguh untuk menyokongnya adalah sama dengan mereka yang mempertahankan ideologi-ideologi jahat seperti materialisme, komunisme, Marxisme, rasisme, dan terrorisme. Apabila kepalsuan Teori Evolusi didedahkan dengan jelas, semua ideologi-ideologi ini telah tergugat hingga ke akar umbi dan penganjur-penganjurnya telah dihantui oleh kekacauan intelektual yang tidak dapat dilihat.

Dengan membaca "Evolution Deceit", kamu juga turut berkongsi tanggungjawab-tanggungjawab penting. Setiap orang, walau pun mereka yang tidak mempunyai pengetahuan asas Darwinisme, yang membaca buku ini dengan cermat dan dengan penuh penghargaan akan memperolehi pemahaman yang luas tentang Teori Evolusi. Hinggakan mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah akan mendapat pengetahuan yang jelas dan terang tentang subjek ini sehingga boleh dianggap sebagai seorang pakar. Berpandukan kepada maklumat-maklumat saintifik ini, sumbangan peribadi setiap orang dengan usahanya sendiri tidak dapat dipersoalkan lagi merupakan kepentingan yang amat besar.

Sumbangan yang pertama dan ringkas ialah untuk menjadikan fakta-fakta saintifik yang memusnahkan evolusi ini diketahui oleh setiap lapisan masyarakat dan untuk membolehkan mereka mengenal pasti ancaman ideologi di sebalik teori ini. Oleh itu, adalah amat penting untuk membaca fakta-fakta di dalam "Evolution Deceit", setiap baris mempunyai kepentingannya yang tersendiri, ia saling berkaitan antara satu sama lain: supaya mereka membacanya dan menggalakkan mereka mengkajinya.

"Evolution Deceit" merupakan sebuah buku untuk setiap orang yang mahu menyingkap wajah sebenar Darwinisme dan kepalsuan saintifik Teori Evolusi. Dengan mengkaji buku ini dengan teliti, seseorang itu, sekiranya terlibat di dalam perbincangan, pasti akan dapat mengemukakan bukti-bukti padat yang menyanggah teori ini secara saintifik dan untuk mempertahankan bukti yang sebenar. Untuk memperolehi keyakinan diri daripada ini, seseorang itu mesti bertenang, rasional, dan penampilan sederhana dan menjadi damai dan bersabar. Perlakuan-perlakuan seperti ini, tidak dapat dinafikan akan memberikan kesan positif kepada pendengar dan membantu memahami subjek ini.


Download Books "PENIPUAN EVOLUSI" PDF ePub Kindle